Pegawai kanan SSM, pengarah syarikat IT bebas reman - Utusan Malaysia

Pegawai kanan SSM, pengarah syarikat IT bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan dua suspek termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang direman berhubung skandal projek melibatkan badan berkanun itu yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Selain itu, turut dibebaskan seorang pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) yang juga direman membabitkan kes sama.

Majistret Md. Bukhori Md. Roslan membenarkan pegawai kanan SSM itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala seorang lagi suspek RM30,000 dengan seorang penjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira pukul 10.10 pagi dengan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM.

Sementara itu, seorang lagi pengarah syarikat IT yang direman berhubung kes sama sudah dibebaskan semalam.

Majistret Saifullah Qamar Siddique Bhatti membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM30,000 dengan seorang penjamin.

Pada Selasa lalu, SPRM berjaya mendapatkan perintah tahanan reman selama lima hari ke atas ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, mereka ditahan pada hari Isnin kira-kira pukul 11 pagi di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Katanya, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dikatakan telah bersubahat dengn dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ujarnya, dua pengarah syarikat terbabit pula dipercayai telah mengaut keuntungan dengan melakukan perkhidmatan perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini