Dugaan berganda Mohammed Mashud - Utusan Malaysia

Dugaan berganda Mohammed Mashud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 23 Mac – Mohammed Mashud berdepan ‘dugaan berganda’ apabila isterinya, Sazada Akhter mungkin tidak akan dapat berjalan seperti biasa, selepas cedera parah akibat terkena tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di sini, minggu lalu.

Stuff New Zealand melaporkan, Sazada terkena dua tembakan, satu di bahagian abdomen dan satu lagi di dadanya ketika berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue.

Sazada merupakan antara yang mengalami kecederaan serius dan telah menjalani beberapa pembedahan serta masih ditempatkan di Hospital Christchurch.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohammed memberitahu, doktor memaklumkan jika Sazada sembuh daripada kecederaan, dia mungkin memerlukan kerusi roda sepanjang hayatnya.

“Hayatnya, tidak pasti lagi. Tetapi jika dia sembuh, kakinya tidak dapat berfungsi lagi. Doktor beritahu saya dia tidak akan dapat berjalan seperti biasa dan memerlukan kerusi roda,” katanya.

Ketika mendapat berita mengenani nasib menimpa Sazada, ibu mentua Mohammed yang berada di Bangladesh diserang sakit jantung dan dirawat di hospital di sana.

Keadaan ibu mentuanya bertambah baik tetapi masih dirawat di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini