PRK Rantau: Mubarak bantu jentera BN - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Mubarak bantu jentera BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turun padang membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April depan. 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan bertanding bagi mengekalkan kemenangan di DUN Rantau. 

Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk bersama-sama jentera parti berkempen bagi memastikan kemengan mutlak milik BN. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bukan sahaja mahu melihat BN menang di DUN Rantau tetapi apa yang lebih penting adalah maruah Mohamad selaku Timbalan Presiden UMNO. 

“Kemenangan beliau akan mengembalikan kepercayaan pengundi kepada UMNO setelah kita disingkirkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Cawangan Negeri Pahang Kali Ke-17 yang diadakan di Hotel Darul Makmur, di sini hari ini. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah. 

Abdul Aziz memberitahu, Mubarak sentiasa bergabung dengan jentera pilihan raya tempatan untuk bekerjasama ketika menghadapi PRU dan PRK bagi memastikan calon BN menang. 

“Kita perlu bekerja keras terutama dalam memperkasakan agama dan penyatuan orang Melayu di semua kawasan,” ujarnya. 

Menurutnya, kerjasama antara Pas dan BN merupakan platform terbaik untuk penyatuan ummah dan ia telah terbukti melalui PRK di Cameron Highlands dan Semenyih.

PRK DUN Rantau diadakan semula selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mohamad untuk membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November  lalu yang mengumumkan kemenangan beliau tanpa bertanding pada PRU-14 sebagai batal dan tidak sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini