Wabak taun mula merebak di Mozambique - Utusan Malaysia

Wabak taun mula merebak di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRA 23 Mac- Kes kolera atau taun yang dilaporkan di bandar Beira, Mozambique semalam menambah lagi risiko kematian kepada penduduk negara ini selepas dilanda siklon Idai minggu lalu.

Reuters melaporkan, penduduk di negara itu kini berdepan masalah tempat tinggal, makanan dan air setelah berlakunya banjir besar di selatan Afrika tersebut.

“Wujud kebimbangan dalam kalangan kumpulan bantuan tentang berlakunya wabak penyakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat beberapa kes kolera telah dilaporkan di Beira selain peningkatan jumlah jangkitan malaria,” kata Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah (IFRC) dalam satu kenyataan.

Siklon Idai membadai di Beira telah mengorbankan 242 orang di Mozambique dan 259 di Zimbabwe dan angka dijangka meningkat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini