Burj Khalifa pancar imej Ardern - Utusan Malaysia

Burj Khalifa pancar imej Ardern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 23 Mac – Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa memberi penghormatan kepada New Zealand khususnya Perdana Menteri, Jacinda Ardern apabila memancarkan imej pemimpin itu memeluk seorang wanita pada bangunan tersebut.

Stuff New Zealand melaporkan, imej berkenaan merupakan gambar yang diambil melalui jurugambar Wellington, Hagen Hopkins di Getty Images, ketika Ardern berada di Masjid Kilbirnie di Wellington.

Burj Khalifa memancarkan imej berkenaan di samping tulisan Arab ‘Salam’ yang membawa maksud keamanan susulan serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, penduduk New Zealand bertafakur selama dua minit bagi memperingati mangsa serangan pengganas itu.

Saluran televisyen dan radio tempatan turut menyiarkan secara langsung laungan azan dan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch yang dihadiri ribuan penduduk termasuk Ardern.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini