Murid darjah dua maut dilanggar van sekolah - Utusan Malaysia

Murid darjah dua maut dilanggar van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang murid darjah dua maut selepas dilanggar sebuah van  sekolah di Paya Terubong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Ngoh Zhoo Han, 8, yang merupakan murid di sebuah sekolah di Air Itam di sini meninggal dunia ketika tiba di hospital akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan melintasp melalui hadapan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 57 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu cuba mengelak selepas menyedari kelibat mangsa yang berlari di hadapan van, namun tidak sempat sebelum melanggar kanak-kanak terbabit sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas dibawa ke hospital oleh pemandu terbabit dan ayahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, hasil bedah siasat mendapat mangsa maut akibat kecederaan parah pada kepala.

Beliau berkata, polis sedang mengesan saksi kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini