Nicholas kekal kedudukan pemain terbaik Malaysia - Utusan Malaysia

Nicholas kekal kedudukan pemain terbaik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Tuah memihak pemain golf negara, Nicholas Fung apabila berjaya mengekalkan status pemain terbaik Malaysia dalam pusingan kedua Kejohanan Maybank 2019, biarpun menamatkan aksi, hari ini, dengan tiga bogey.

Nicholas menamatkan aksi pusingan kedua di Kelab Golf Saujana & Country, Shah Alam dengan catatan keseluruhan tiga di bawah par 141 pukulan selepas melakukan satu di atas par 73, hari ini.

Catatan tersebut tetap membolehkan Nicholas melepasi cut kejohanan apabila berada dalam kelompok 22 terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Nicholas, kelemahan utamanya yang dapat dia kesan, hari ini, ialah ketika melakukan pukulan putt.

“Ketika di atas green saya lebih banyak melakukan pukulan putt terutama sewaktu sembilan lubang terakhir. Bagaimanapun secara keseluruhan saya tetap berpuas hati dengan catatan, hari ini, dan saya memandang ke hadapan untuk aksi hujung minggu,” kata Nicholas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini