Murid darjah satu maut dilanggar van sekolah - Utusan Malaysia

Murid darjah satu maut dilanggar van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Mac – Seorang murid darjah satu di sebuah sekolah di Air Itam di sini maut selepas dilanggar sebuah van sekolah dalam kejadian di Paya Terubong di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Ngoh Zhoo Han, 7, baru turun dari van sekolah yang dinaikinya itu yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, mangsa bagaimanapun dikatakan melintas di bahagian depan kenderaan itu ketika pemandu van berkenaan selesai menurunkan penumpang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemandu berkenaan cuba mengelak sebaik sahaja menyedari kelibat mangsa namun gagal sebelum melanggar kanak-kanak terbabit mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikejarkan ke hospital berkenaan oleh pemandu berkenaan dan ayah mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, pihaknya kini sedang mengesan saksi kejadian itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini