TAIPING – Seorang penumpang bas ekspres maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam cerun di Kilometer 228.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini awal malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, bas yang membawa pelancong warga Singapura dan Thailand itu dinaiki 18 penumpang selain dua pemandu bas dan seorang pemandu pelancong.
Difahamkan, mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga Thailand.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd. Rahman berkata, kemalangan itu melibatkan bas dinaiki penumpang warga asing dan sebuah kereta.
“Terdapat 21 orang di atas bas tersebut termasuk dua pemandu. Seorang penumpang maut manakala lima lagi cedera,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE











