Remaja maut digilis lori pasir - Utusan Malaysia

Remaja maut digilis lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang remaja perempuan maut selepas digilis sebuah lori pasir di Kampung Batu 3, Sungai Yu di sini, hari ini. 

Dalam kejadian pukul 3.05 petang itu, Nuraghnia Balqish Norafzanizam, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC tanpa memakai topi keledar telah cuba memotong sebuah lori dipandu lelaki berusia 57 tahun di hadapannya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun mangsa kemudiannya gagal mengawal motosikalnya kerana jalan berpasir sebelum terbabas dan terjatuh di bawah lori. 

“Akibat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini