Eastspring isytihar agihan pendapatan bagi Dana al-Ilham & al-Islah - Utusan Malaysia

Eastspring isytihar agihan pendapatan bagi Dana al-Ilham & al-Islah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Eastspring Investments Bhd mengumumkan agihan pendapatan kasar 0.0331 sen seunit bagi Eastspring Investments Dana al-Ilham dan 0.0285 sen seunit bagi Eastspring Investments Dana al-Islah.

Pengurus aset utama itu berkata Dana al-Ilham dan Dana al-Islah mencatatkan hasil dividen masing-masing pada lima peratus dan empat peratus.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pemegang unit yang mengekalkan pegangan unit mereka dalam dana itu sehingga 15 Mac 2019, layak menerima agihan pendapatan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga 31 Disember 2018, Eastspring Investments menguruskan aset bernilai lebih AS$193 bilion (RM783.7 bilion) bagi pihak pelanggan institusi dan runcit di 11 pasaran utama.

Sementara itu, ia menguruskan aset lebih RM39.3 bilion di Malaysia pada 31 Disember 2018. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini