Negara Islam perlu usaha setanding negara maju - PM - Utusan Malaysia

Negara Islam perlu usaha setanding negara maju – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain.

“Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara maju menjelang 2020, tetapi malangnya perubahan dalam kerajaan (pemimpin) menjadikannya tidak mungkin dapat dicapai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun kami masih berhasrat menjadi negara maju menjelang 2025. Kami berharap ini bukan hanya kepada Malaysia sahaja,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di sini hari ini.

Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan pada Khamis.- Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini