BAM buka peluang ramai pemain cari mata ke Olimpik - Utusan Malaysia

BAM buka peluang ramai pemain cari mata ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Malaysia akan memberi peluang kepada lebih ramai pemain untuk mencari mata kelayakan ke temasya lima tahun sekali, Sukan Olimpik.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan menghantar sebanyak mungkin pemain untuk mengutip mata kelayakan.

“Setiap negara hanya mendapat kelayakan maksimum dua penyertaan dalam setiap kategori.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan menghantar sebanyak mungkin pemain untuk mengutip mata kelayakan,” katanya pada majlis perlantikan Elizabeth Tan selaku duta untuk mempromosi skuad badminton negara yang menampilkan muka baharu dan muda, di sini hari ini.

Badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020 menawarkan lima pingat emas masing-masing untuk acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Sementara itu, Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy ketika ditemui berkata, dia akan berkongsi dengan orang ramai khususnya pengikut di platform media sosial berkaitan BAM dan pemain badminton negara.

“Ramai orang kenal Datuk Lee Chong Wei sahaja bila sebut badminton. Tapi ramai tidak tahu, negara mempunyai ramai pemain yang bagus, berdisiplin. Lizzy juga akan kongsikan persiapan pemain negara sepanjang tahun sebelum menghadapi kejohanan.

“Selain itu, Lizzy akan memberikan sokongan kepada skuad badminton negara sama ada menerusi media sosial mahupun hadir ke venue,” katanya.

Menurut Elizabeth, tugas pertamanya nanti adalah pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada 2 hingga 7 April di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini