lelaki terperangkap lebih 62 jam diselamatkan - Utusan Malaysia

lelaki terperangkap lebih 62 jam diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 22 Mac – Pasukan kecemasan India hari ini menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap selama lebih 62 jam di bawah runtuhan sebuah bangunan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.

Operasi mencari serta menyelamat (SAR) masih diteruskan biarpun sudah empat hari insiden yang melibatkan bangunan setinggi lima tingkat itu berlaku di negeri Karnataka.

Pasukan penyelamat kini mencari seramai 10 lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini