Bekas tahanan ‘kem pendidikan’ dihantui trauma - Utusan Malaysia

Bekas tahanan ‘kem pendidikan’ dihantui trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 22 Mac – Seorang bekas tahanan ‘kem pendidikan’ yang dibangunkan oleh China di Xinjiang iaitu Omir Bekali dari etnik Kazakh menceritakan bahawa dia mengalami lebih banyak trauma berbanding ‘latihan industri’ yang diperoleh dalam kem tersebut.

Omir Bekali menunjukkan bagaimana dia dirantai pada kaki dan tangan ketika menjadi tahanan di sebuah 'kem pendidikan' China di Xinjiang sebelum ini. – AFP

Katanya, semua kem yang dibangunkan di Xinjiang hanya mempunyai satu objektif iaitu China mahu ‘melucutkan’ kepercayaan dan agama Islam yang dianunti oleh semua penghuninya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap pagi, kami dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan China sambil diarahkan menghadap dinding.

“Selain itu, kami juga ‘diwajibkan’ makan daging babi setiap hari Jumaat biarpun China tahu ia haram untuk penganut agama Islam,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini