ISTANBUL 22 Mac – New Zealand hari ini memberi jaminan kepada semua penduduknya yang beragama Islam bahawa mereka akan lebih ‘selamat’ dan terjamin’ biarpun selepas berlaku serangan pengganas terhadap dua buah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu, menyaksikan 50 orang maut.
Menteri Luar New Zealand, Winston Peters berkata, memastikan kebajikan serta keselamatan komuniti Islam di negara itu sudah menjadi keutamaan kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…










