BEIJING 22 Mac – Seorang lelaki merempuh pejalan dengan menggunakan kereta di tengah China hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lapan cedera sebelum suspek mati ditembak polis.
Suspek berusia 44 tahun itu dikenali sebagai Cui Lidong sebelum itu mencederakan isteri dan anak perempuan mereka di sebuah rumah sebelum merempuh pejalan kaki.
Kes tersebut masih dalam siasatan bagi mengenal pasti motif tindakan dan kesemua mangsa yang cedera kini mendapatkan rawatan susulan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…










