Najib batal hasrat solat Jumaat di masjid UM - Utusan Malaysia

Najib batal hasrat solat Jumaat di masjid UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan hasratnya untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM), hari ini.

Sebaliknya beliau memaklumkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah berhampiran Kampung Kerinchi.

“Untuk mengelak daripada memberi kerumitan kepada pentadbir Masjid Ar-Rahman di UM dan pihak universiti saya akan menunaikan solat Jumaat hari ini di Masjid Ar-Rahah yang berhampiran di Kampung Kerinchi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas itu saya akan bertemu serta bersantai dengan kawan-kawan kita di Restoran Amjal berhadapan UM pada pukul 2.30 petang.

“Selamat menunaikan solat Jumaat wahai kaum Muslimin. Moga amalan dan ibadah kita sentiasa diredai Allah,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Semalam, pengurusan Masjid Ar-Rahman UM dikatakan telah membuat laporan polis berhubung penganjuran program Sembang Santai Bossku di masjid universiti tersebut.

Ini berikutan penyebaran poster yang menyatakan Najib akan mengadakan program selepas menunaikan solat Jumaat di sana.

Namun, Najib menafikan akan mengadakan program di dalam masjid sebaliknya memberitahu hanya berhasrat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini