Inkues Adib: Tulang rusuk patah tertusuk paru-paru - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Tulang rusuk patah tertusuk paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi mengesahkan hujung tulang rusuk keempat dan kelima yang patah tertusuk ke dalam paru-paru Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau sebagai saksi ke-24 pada prosiding hari ke-16 hari ini memberitahu Mahkamah Koroner perkara itu selepas membuat pemeriksaan dalaman dada anggota bomba malang berkenaan pukul 1 pagi, 18 Disember lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap dalaman dada Muhammad Adib menemui pelbagai kesan kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Otot dada kanan dia lebam kemerahan, tulang sternum tidak patah dan tulang rusuk patah.

“Tulang rusuk ketiga patah tiga, tulang rusuk keempat patah dua dan tulang rusuk kelima patah dua,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Menurutnya lagi, otak Muhammad Adib juga bengkak dan berwarna kehijauan kerana diberikan ubat yang dipanggil Methylene Blue semasa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini