Depay muncul wira Belanda - Utusan Malaysia

Depay muncul wira Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM 22 Mac – Memphis Depay memberi aksi yang mempersonakan apabila melakukan dua gerakan gol ketika membantu Belanda membelasah Belarus 4-0 dalam aksi pembukaan kelayakan Euro 202.

Depay meletakkan Belanda di depan seawal minit pertama sebelum meledak gol penalti pada babak kedua selepas mencipta gerakan gol untuk Georginio Wijnaldum pada minit ke-21 sebelum membuat hantaran kepada Virgil van Dijk yang menanduk masuk gol keempat Oranje.

“Sukar untuk memilih sama ada gol atau mencipta gerakan gol. Jaringan pertama bagus sebab ia berada di kawasan kaki namun saya gembira dapat menghasilkan gerakan untuk gol kedua,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Ronald Koeman itu menduduki tangga teratas Kumpulan C, berkongsi tiga mata dengan Ireland Utara dan mereka akan bertemu Jerman pada Ahad ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini