YANCHENG 22 Mac – Jumlah mangsa yang maut akibat letupan besar di sebuah kilang kimia di timur China meningkat kepada 12 orang hari ini.
Menurut media tempatan, bilangan mereka yang terkorban itu diketahui selepas pasukan mencari dan menyelamat menarik keluar puluhan mangsa daripada kawasan tersebut.
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran selepas beberapa jam ledakan tersebut berlaku di sebuah taman perindustrian di Yancheng di wilayah Jiangsu terbakar semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lapor CCTV, seramai 88 orang berjaya diselamatkan dari kawasan itu sehingga awal pagi ini. -AFP











