Insiden Christchurch: Hormati perasaan keluarga mangsa - MCCF - Utusan Malaysia

Insiden Christchurch: Hormati perasaan keluarga mangsa – MCCF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Rakyat Malaysia diminta supaya menghormati perasaan ahli keluarga mangsa serangan pengganas di Christchurch, New Zealand yang kini berdepan kesedihan.

Penasihat Biro Dakwah dan Sosial Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Mohamed Hanafiah Abdul Malek

Penasihat Biro Dakwah dan Sosial Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, kejadian itu mendapat simpati seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama dan bangsa yang menolak sebarang perbuatan ganas serta perkauman dan kebencian agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian tembakan oleh pengganas yang menanamkan kebencian terhadap agama ini wajar dijadikan pengajaran oleh seluruh rakyat Malaysia agar tidak terjebak dengan sentimen kebencian agama.

“Sebaliknya setiap rakyat tanpa mengira latar belakang kepercayaan perlu berusaha untuk memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan saling hormat menghormati kepercayaan setiap kaum di negara ini agar keamanan negara ini terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga seorang daripada mangsa serangan pengganas yang disahkan meninggal dunia, Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi.

Katanya, pengesahan itu diharapkan mampu memberikan kelegaan kepada keluarga Allahyarham yang sebelum ini berada di dalam ketidakpastian tentang nasib Muhammad Haziq yang dilaporkan hilang selepas insiden tersebut.

“Kita harap keluarga Allahyarham menerima ketentuan dan takdir Allah dengan tenang dan bersabar.

“Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita tersebut dan sama-sama berdoa untuk Allahyarham serta tiga lagi rakyat Malaysia yang kini masih dirawat di hospital di New Zealand termasuk bapa Allahyarham, Mohd. Tarmizi Shuib, Muhammad Nazril Hisham dan Rahimi Ahmad,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini