Sukarelawan AADK Sabak Bernam sertai TOT - Utusan Malaysia

Sukarelawan AADK Sabak Bernam sertai TOT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIMBA ILMU. Seramai 54 ahli Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sabak Bernam menyertai Program Latihan Kejurulatihan (TOT) di Dewan Riadah Pejabat Daerah Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

Penyelaras program, Mohd. Noor Akmal Abd. Razak berkata, program anjuran AADK Sabak Bernam dengan kerjasama Pemadam Daerah Sabak Bernam itu bertujuan untuk memberi penerangan tentang fungsi dan peranan ahli agar bersedia dan mampu menggalas tugas sebagai sukarelawan antidadah.

Katanya, melalui program itu diharap peserta lebih yakin untuk menjadi mata dan telinga AADK bagi membantu kerajaan membasmi dadah dalam komuniti masing-masing

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Pengerusi Pemadam Daerah Sabak Bernam, Nasir Mamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini