Lebih 500 hadir tahlil sempena Hari Polis ke-212 - Utusan Malaysia

Lebih 500 hadir tahlil sempena Hari Polis ke-212

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Lebih 500 hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.

Majlis yang diadakan sempena peringatan Hari Polis ke-212 yang akan disambut pada 25 Mac itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau yang hadir kira-kira pukul 7 malam tadi menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai bacaan Yasin dan tahlil bersama pegawai serta anggota PDRM, diikuti solat isyak dan makan malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu turut dihadiri pucuk pimpinan, kakitangan serta ahli keluarga warga PDRM.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini