Festival Kraf Melaka bantu capai sasaran 20 juta pelancong tahun ini - Utusan Malaysia

Festival Kraf Melaka bantu capai sasaran 20 juta pelancong tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac- Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Melaka 2019 bertempat di Dataran Menara Taming Sari, Bandar Hilir, Melaka pada 27 hingga 31 Mac ini.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, program yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran sebanyak 20 juta pelancong ke negeri itu pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri Melaka telah mengistiharkan 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bertemakan A Gateway to Historic Malaysia. Oleh itu, Kraftangan Malaysia mengambil peluang untuk menganjurkan aktiviti Festival Kraf Melaka bagi mempromosi dan memasarkan produk kraf di lokasi tumpuan pelancong.

“Selain itu, aktiviti ini juga diharap dapat mengangkat seni warisan kraf tempatan kepada pengunjung dan pelancong dari pelbagai negara,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×