Serangan Christchurch: Mujahid jumpa keluarga mangsa esok - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Mujahid jumpa keluarga mangsa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dijadualkan bertemu keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, sejurus tiba di Christchurch, New Zealand esok.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Mujahid juga akan menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di salah sebuah masjid yang telah diserang selain menyampaikan khutbah Jumaat.

Bagaimanapun tidak dinyatakan dalam kenyataan itu solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Noor atau Masjid Linwood.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, dengan berita yang amat mendukacitakan ini, Menteri memohon agar semua masjid di seluruh negara dapat mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Haziq selepas solat Jumaat esok.

“Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Haziq telah berada di Christchurch memandangkan bapanya, Mohd. Tarmizi Shuib, 42, turut cedera dan menerima rawatan.

Terdahulu, Mujahid dilaporkan akan mewakili kerajaan Malaysia ke Christchurch, New Zealand selepas Muhammad Haziq disahkan menjadi salah seorang mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch.

Mujahid dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini