Tolak usul buka panggung wayang bukti Pas ekstrem - DAP - Utusan Malaysia

Tolak usul buka panggung wayang bukti Pas ekstrem – DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Mac – DAP Perak menyifatkan keputusan kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan untuk membenarkan panggung wayang patuh syariah dibuka di negeri itu membuktikan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang ekstrem.

Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata, keputusan itu juga membuktikan Pas yang bekerjasama dengan UMNO tidak mampu untuk mentadbir kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, sehubungan itu DAP meminta UMNO dan MCA menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alasan Pas bahawa pembukaan panggung wayang akan membawa kepada masalah sosial bukan sahaja tidak berasas tetapi juga tidak logik.

“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan meningkatkan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di semua negeri kecuali Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini