Salah perlu contohi Mane - Utusan Malaysia

Salah perlu contohi Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Mac – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mahu Mohamed Salah menjadikan Sadio Mane sebagai inspirasi selepas bintang Mesir itu mengalami prestasi tidak konsisten musim ini.

Dalam penampilan pertamanya, Salah berjaya meledak 44 gol di Anfield namun musim ini segalanya seperti tidak menjadi buat dirinya.

Walaupun berjaya meledak 20 gol musim ini namun dia gagal menjaringkan sebarang gol dalam tujuh perlawanan sekali gus membimbangkan The Reds yang sedang dalam proses memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama sejak 1990 selain torfi Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

The Reds bagaimanapun cukup bernasib baik kerana memiliki Mane yang berjaya meledak 17 gol musim ini selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam lapan perlawanan pada penghujung tahun lalu.

Klopp percaya Salah turut akan mengubah nasibnya di depan gawang sekiranya menjadikan Sane sebagai panduan.

“Sadio sentiasa bermain seperti sekarang tetapi kini dia kerap berada di kedudukan dan masa yang betul. Dalam bola sepak kadang kala ia seperti ini.

“Sudah tentu, dia berada di tempoh yang cukup baik. Satu-satunya perkara yang dia buat ketika dia tidak selalu berada di tempat yang betul adalah usaha.

“Itu adalah apa yang Mo perlu lakukan, benar-benar perkara yang sama, hanya berusaha keras, melakukan perkara yang betul dan lambat laun ia akan berhasil,” katanya Klopp – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini