Cadangan penggabungan MIDF-Al Rahji masih berjalan - Utusan Malaysia

Cadangan penggabungan MIDF-Al Rahji masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUR HANANI AZMAN
[email protected] 

KUALA LUMPUR 21 Mac – Malaysian Industrial De­velopment Finance Bhd. (MIDF) masih lagi berbincang tentang cada­ngan penggabungan de­ngan Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani berkata, pengumuman selanjutnya berhubung cadangan penggabungan itu akan dibuat pada masa sesuai.

“Rundingan sedang berjalan dan ia mengambil masa sebelum kedua-dua pihak mencapai kata putus,” kata­nya kepada pemberita sempena Persidangan Hijau MIDF di sini hari ini.

Pada awal Januari lalu, MIDF telah mendapat kelulusan Bank Negara Ma­laysia (BNM) untuk mene­ruskan perbincangan berhu­bung cada­ngan penggabungan de­ngan Al Rajhi. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 MAC 2019 – Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri MIDF Green Conference 2019 di Hotel Intercontinental, di sini, hari ini. GAMBAR : ABDUL RAZAK LATIF / PEMBERITA : HANANI (EKONOMI).
Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini