KANO 21 Mac – Seramai empat petani dilaporkan dibunuh dalam serangan dilancarkan oleh kumpulan militan Boko Haram di negeri Borno, timur laut Nigeria semalam.
Serangan itu berlaku sehari selepas Boko Haram membunuh tiga orang di negeri Adamawa.
Kumpulan itu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan petani yang sedang bekerja di luar kampung Lassa kira-kura pukul 2 petang waktu tempatan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











