BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 21 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 21 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHNIAH kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya membongkar tindakan tidak bermaruah anggota penguat kuasa yang melindungi kegiatan rumah urut. Sebenarnya soal lindung melindungi ini bukanlah isu baharu, malah ia sudah berlanjutan sekian lama.

Oleh itu masanya sudah tiba untuk menghapuskan gejala itu habis-habisan, apatah lagi melibatkan anggota penguat kuasa yang sanggup mengkhianati amanah semata-mata mahu hidup mewah.

Sebenarnya, Awang sudah lama tahu wujudnya pengkhianat atau musuh dalam selimut dalam agensi penguat kuasa. Kelompok inilah yang menjadi dalang membocorkan maklumat operasi kepada sindiket, selain melindungi premis-premis yang menjalankan kegiatan haram termasuk judi dan pelacuran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu sindiket tidak berasa takut untuk menjalankan kegiatan haram mereka kerana tahu segalanya sudah diuruskan dengan merasuah anggota-anggota agensi penguat kuasa tertentu.

Justeru, Awang menyokong penuh tindakan tegas membersihkan semua agensi penguat kuasa daripada amalan rasuah. Individu terlibat perlu diburu habis-habisan, tetapi pada masa sama Awang juga berharap pemberi juga dikenakan tindakan.

AWANG – Benci rasuah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini