Mane usik penyokong minta Koulibaly sertai United - Utusan Malaysia

Mane usik penyokong minta Koulibaly sertai United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mac – Sadio Mane mungkin sedang menjalankan tugas di pentas antarabangsa bersama Senegal, tetapi kesetiaannya terhadap Liverpool tidak berbelah bahagi.

Sewaktu sesi latihan bersama skuad kebangsaan di Stade Lat Dior dekat Thies, peminat datang beramai-ramai untuk menyaksikan wira mereka beraksi.

Pada penghujung sesi, Mane mendekati tempat duduk penonton, yang jelas menggembirakan penyokong, sebelum satu sepanduk yang ditujukan kepada salah seorang rakan sepasukannya menarik perhatian penyerang Liverpool itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kalidou Koulibaly adalah salah seorang pemain yang paling dikehendaki di dunia, dengan banyak kelab berminat untuk mendapatkan bek tengah Napoli dan Senegal itu. Segelintir peminat amat berharap dia menyertai Manchester United.

Mane terlihat sebuah sepanduk besar, yang menyatakan ‘Koulibaly, marilah sertai United’ beserta gambar pemain itu menyarung jersi Red Devils, sebelum ketawa dan menunjukkan isyarat ibu jari yang mengarah ke bawah.

Penyokong Liverpool sudah pasti berharap Mane dapat mempengaruhi sebarang keputusan Koulibaly pada musim panas ini, dan jika bek tengah itu berhasrat beralih angin ke Liga Perdana Inggeris sudah tentu mereka mahu bintang Napoli tersebut menjadikan Anfield sebagai lamannya berbanding Old Trafford.

Para pemain Senegal dikumpulkan bagi menyertai latihan menjelang dua perlawanan menentang Madagascar dan Mali. Pasukan itu berlatih di Thies, yang memerlukan pemanduan selama sejam dari ibu kota Dakar.

Madagascar adalah perlawanan pertama yang bakal diharungi Senegal pada Jumaat, dan ia merupakan hari terakhir saingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika. Senegal kini menghuni kedudukan teratas dalam senarai kelayakan setelah mencatat empat kemenangan dan seri sekali dalam lima pertemuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini