Pesawat Iran Air terbakar ketika mendarat - Utusan Malaysia

Pesawat Iran Air terbakar ketika mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 20 Mac – Sebuah pesawat Fokker 100 milik Iran Air terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Tehran di Mehrabad, semalam.

Bagaimanapun kesemua 24 penumpang dan sembilan krew pesawat itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

Channel News Asia yang memetik Ketua Jabatan Kecemasan, Pir-Hossein Kolivand sebagai berkata, ketika mendarat, pesawat itu mengeluarkan percikan api di bahagian belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu berlaku selepas peralatan pendaratan gagal dibuka dengan baik.

“Juruterbang berkenaan gagal membuka roda di belakang pesawat dan ekoran itu dia terpaksa terbang mengelilingi lapangan terbang dalam usahanya membuka kesemua roda, sebelum mendarat menggunakan badan pesawat,” katanya kepada sebuah stesen televisyen tempatan di sini semalam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini