PARIS 20 Mac – Ejen Adrien Rabiot mendakwa Paris Saint-Germain (PSG) melayan pemain tengah itu seperti ‘tebusan’ selepas dia dilarang pergi ke kelab malam ekoran penyingkiran juara Perancis itu dalam Liga Juara-Juara.
Pemain kebangsaan Perancis itu berdepan konflik dengan majikannya selepas Rabiot mahu meninggalkan PSG pada hujung musim ini selepas kontraknya tamat.
Ejennya, Veronique Rabiot yang merupakan ibu kepada pemain tersebut menegaskan anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Adrien seperti banduan malah dia juga tidak ubah seperti tebusan untuk PSG,” kata Veronique.
Rabiot digantung hingga 27 Mac ini selepas menyukai video bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra meraikan kekalahan PSG.
“Kami menyalahkan dia kerana keluar ketika kami tidak mahu dia bermain. Ini sangat kontra, dia tidak sepatutnya dikurung,” katanya lagi.
Adrien menjalani latihan bersama skuad remaja PSG dan dia tidak beraksi untuk kelab itu sejak aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Red Star, Disember lalu. – AFP











