UEFA 'gila' gantung Ronaldo - Utusan Malaysia

UEFA ‘gila’ gantung Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 20 Mac – Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Juventus, Federico Bernardeschi berkata, UEFA ‘gila’ jika menggantung penyerang Portugal itu kerana meraikan gol kontroversinya.

Ronaldo berdepan hukuman badan bola sepak Eropah tersebut atas kesalahan ‘berkelakuan tidak sopan’ mengajuk gaya jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone selepas menjaringkan hatrik sewaktu Juventus bangkit memenangi perlawanan Liga Juara-Juara, minggu lalu.

“Saya tidak fikir perkara itu perlu diberi perhatian, ia (penggantungan) sesuatu yang tak masuk akal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya ia habis di situ sahaja kerana itu cuma cara meraikan gol, satu isyarat. Saya lihat dia tenang, begitu juga kami. Saya pasti semua baik-baik saja,” ” kata Bernardeschi dalam sidang akhbar menjelang aksi Itali pada kelayakan Euro 2020.

Pemain sayap Itali itu juga percaya, pasukan negaranya boleh belajar daripada Juventus yang ketinggalan dua gol pada aksi pertama tetapi bangkit menewaskan Atletico secara agregat 3-2 untuk mara ke suku akhir.

“Kami mencatat sejarah.

“Cristiano adalah juara sejati. Banyak yang diberikan kepada pasukan, dia mempunyai karisma sebagai juara.

“Berada di sampingnya setiap hari membolehkan anda belajar banyak perkara,” ujarnya lagi.

Itali memulakan kempen Euro 2020 dengan menentang Finland di Udine awal pagi Ahad disusuli pertemuan berdepan Liechtenstein di Parma pada 26 Mac. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini