Tarrant ditahan dalam penjara ‘paling ganas’ - Utusan Malaysia

Tarrant ditahan dalam penjara ‘paling ganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 19 Mac – Lelaki yang didakwa melakukan serangan ganas di dua buah masjid di sini pada Jumaat lalu tidak dibenarkan mengakses akhbar atau televisyen dan radio.

Di samping larangan tersebut, Brenton Tarrant, 28, juga ditahan dalam sel berasingan di bawah pengawasan 24 jam dan tiada pelawat dibenarkan untuk melawatnya.

Stuff New Zealand difahamkan, pihak berkuasa tidak akan mendedahkan lokasi suspek ditahan ketika menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah di sini tetapi hanya menyatakan dia ditahan di dalam ‘kemudahan keselamatan khas’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, suspek ditahan di Auckland.

Penjara Auckland di Paremoremo menempatkan pesalah ‘paling ganas’ di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini