Mydin bantu golongan B40 - Utusan Malaysia

Mydin bantu golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Memahami masalah golongan masyarakat B40 menghadapi kos sara hidup tinggi, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperkenalkan strategi ‘Harga Rendah Setiap Hari’ di semua pasar raya miliknya.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif tersebut adalah membantu mengatur perbelanjaan dan memberi balik kepada kepada pelanggannya.

“Promosi yang dilaksanakan tersebut adalah hasil daripada sambutan baik yang diterima pelanggan sepanjang jualan gudang dan jualan ulang tahun Mydin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua kos akan dirunding oleh pihak kami dengan pembekal sendiri atas keprihatinan terhadap beban ditanggung oleh masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini Mydin menetapkan harga runcit ayam hanya RM5.89 sekilogram dengan terhad tiga ekor kepada setiap pelanggan dan keperluan makanan basah seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga serendah RM1.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat promosi dalam halaman Facebook MYDIN Malaysia dan promosi itu melibatkan semua cawangan pasar raya tersebut di seluruh negara termasuk Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini