Insiden serangan di NZ perlu jadi iktibar - Ikmal Hisham - Utusan Malaysia

Insiden serangan di NZ perlu jadi iktibar – Ikmal Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Insiden serangan pengganas terhadap umat Islam di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand perlu menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat supaya melindungi negara ini daripada disemarakkan dengan sentimen kebencian dalam usaha meraih kuasa politik.

“Tidak perlu kita menjadikan sentimen perkauman atau agama sebagai modal meraih sokongan kerana ia ibarat memasang bom jangka yang akhirnya boleh meletakkan Malaysia sebagai negara yang kita cintai ini berada di kedudukan ‘yang menang jadi arang, kalah jadi abu’,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini