Jakim digesa tangani isu restoran tiada sijil,papan tanda halal - Utusan Malaysia

Jakim digesa tangani isu restoran tiada sijil,papan tanda halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa lebih serius dalam menangani restoran-restoran dan kopitiam yang tidak mempunyai sijil serta tanda halal sah di premis masing-masing.

Hal ini turut membabitkan restoran-restoran ternama di dalam negara dan tidak hanya tertumpu kepada restoran-restoran India Muslim yang diragui status Islamnya.

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) membangkitkan perkara ini berikutan terdapat pengusaha restoran India Muslim yang mengelirukan pelanggan dengan menggantungkan papan tanda halal sewenang-wenangnya di restoran mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau malah memberitahu, pengalamannya sendiri turut mendedahkan bahawa pengusaha-pengusaha restoran bukan Islam ini meletakkan ayat-ayat suci al-Quran di samping meletakkan pekerja Islam sebagai pelayan restoran mereka.

“Tindakan ini juga mengelirukan pelanggan Islam yang akan ke restoran milik Islam yang makanannya dijual adalah halal. Saya bangkitkan isu ini kerana pengalaman saya sendiri,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini