Polis ambil keterangan Razlan esok - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Razlan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac — Polis akan memanggil bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Rafii untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya berbaur ancaman terhadap DAP, esok.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan merakam keterangan Mohd. Razlan dan kes tersebut akan disiasat oleh pasukan khas di Bukit Aman.

“Kita sudah buka kertas siasatan selepas menerima laporan dan kes akan disiasat mengukut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Tergempar Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP), di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.


Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu lalu telah meminta polis menyiasat kenyataan dibuat bekas pemimpin UMNO itu.



“Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan,” katanya menerusi akaun Twitter.



Sehari sebelum itu, Mohd. Razlan menerusi akaun Twitternya, memuat naik status yang berbunyi “.. elok tembak puak2 DAP ni!!!!”



Status yang dimuat naik itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin yang mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan kes pembunuhan di dua masjid di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama antara UMNO dan Pas sebelum beliau bertindak menarik balik kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini