ANKARA 19 Mac – Filipina melarang mana-mana pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) daripada menjejakkan kaki ke negara ini untuk menyiasat kempen memerangi dadah dijalankan oleh Presiden Rodrigo Duterte.
“Mereka tidak boleh melakukan apa-apa yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang negara ini kerana seperti yang kami katakan, ia melanggar undang-undang negara ini.
“Sudah tentu, kami tidak akan membenarkan sebarang percubaan yang boleh mengganggu kedaulata negara ini,” kata jurucakap Duterte, Salvador Panelo ketika taklimat kepada wartawan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kenyataan Panelo itu hadir sehari selepas Filipina menarik diri secara rasmi dari ICC. – BERNAMA











