Gangguan bekalan elektrik di Seri Kembangan,Equine Park pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan elektrik di Seri Kembangan,Equine Park pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Gangguan bekalan elektrik di sekitar Seri Kembangan dan Equine Park ekoran kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya pulih sepenuhnya pada pukul 2.22 petang hari ini.

Pengurus Besar Kanan Distribution Network, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, bekalan dipulihkan secara berperingkat seawal pukul 5 petang semalam dengan 67 peratus pengguna mendapat bekalan daripada Grid Nasional.

“Baki pengguna lain pula, mereka mendapat bekalan elektrik dengan menggunakan set janakuasa bergerak sebanyak 170 unit keseluruhannya. Bagaimanapun, gangguan sementara antara 15 hingga 30 minit akan berlaku apabila bekalan dihubungkan semula ke Grid Nasional.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerosakan PMU Serdang Raya dikenalpasti daripada peralatan panel pembahagian 33kV. Kerja pembaikan kerosakan di PMU tersebut dijangka siap esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini