Mohd. Faris tidak malu jual ketam nipah - Utusan Malaysia

Mohd. Faris tidak malu jual ketam nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Mac – Ungkapan peribahasa Melayu, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Perumpamaan itu sesuai diberikan kepada seorang remaja, Mohd. Faris Aiman Mohd., NorFazley, 18, yang membantu menjual ketam nipah di bahu jalan Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan di sini baru- baru ini.

Mohd. Faris Aiman ketika ditemui berkata, dia mencari pendapatan harian bagi membuat persiapan perbelanjaan menyambung pengajian akan datang selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sebenarnya cuba mencari pengalaman berniaga sambil berdikari untuk mengumpul duit belanja selepas keputusan peperiksaan diumumkan minggu lalu.

“Apa yang saya lakukan bukanlah kerja tetap, cuma sekadar menimba pengalaman dalam perniagaan secara langsung,” katanya kepada Utusan Online di sini.

Mohd. Faris Aiman menambah, biarpun hanya membantu menjual ketam nipah secara tidak langsung dia dapat mempelajari selok belok tentang hidup berdikari.

“Bapa saudara yang mendapatkan ketam dengan cara menangkapnya sendiri di Sungai Belat.

“Setiap dua hari bapa saudara akan turun ke sungai bagi mencari ketam nipah. Saya membantu untuk menjual kepada pelanggan yang melalui jalan ini untuk ke Pekan atau ke bandar Kuantan,” ujarnya.

Katanya, ketam tersebut yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM70 sekilogram bergantung kepada saiz yang diperoleh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini