Saya hormati keputusan Mohamad Arif - Noh - Utusan Malaysia

Saya hormati keputusan Mohamad Arif – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menghormati keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menggantung kehadirannya dalam sidang Dewan Rakyat selama tiga hari berdasarkan Peraturan 44.

Namun begitu, ujar Noh, beliau tidak akan menghormati keputusan yang dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua, Nga Kor Ming pagi tadi selain tidak akan menarik kenyatannya terhadap Ahli Parlimen Teluk Intan itu semalam.

“Petang ini saya menghormati keputusan Speaker (Mohamad Arif) dan saya tidak akan tarik balik apa ucapan saya di dalam Dewan Rakyat yang mengatakan Ahli Parlimen Teluk Intan tidak layak untuk menjadi Speaker, itu yang menyebabkan saya digantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya saya nak pertikaikan, mengapa semalam, sewaktu saya sedang berdepan dengan beliau mengapa ketika itu beliau tidak menggunakan Peraturan 44 (1) ataupun Peraturan 44 (2), pada masa itu beliau patut arah saya untuk menarik balik tuduhan, tapi beliau tidak buat, “katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini