Lokasi pembuangan toksik baharu dibersihkan - Utusan Malaysia

Lokasi pembuangan toksik baharu dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 19 Mac – Lokasi pembersihan sisa buangan dipercayai bahan toksik di Sungai Masai Utama, Taman Rinting di sini dimulakan secara drastik dan intensif sejak pagi tadi.

Kerja-kerja pembersihan tersebut giat dilakukan melibatkan pelbagai pihak termasuk jentera berat dan petugas-petugas yang lengkap dengan pakaian keselamatan.

Tinjauan Utusan Online di kawasan itu mendapati lokasi ditutup dalam lingkungan 200 meter yang mana turut dikawal petugas keselamatan dan kontraktor pembersihan dilantik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut kelihatan beberapa jengkaut yang digunakan untuk mengorek dasar sungai dipercayai untuk mendapatkan sampel bahan tercemar yang telah dibuang.

Bahagian lain pila, petugas menemuikan sebahagian daripada bahan tersebut sebelum dimasukkan semula ke dalam tong biru untuk diuruskan pihak bertanggungjawab.

Difahamkan, kawasan lokasi pembuangan sisa bahan tercemar itu adalah paya bakau di Sungai Masai Utama yang mana turut mempunyai jajaran terus ke Selat Tebrau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini