Pencemaran sisa toksik baharu di Sungai Masai Utama pula? - Utusan Malaysia

Pencemaran sisa toksik baharu di Sungai Masai Utama pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 18 Mac – Ketika kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini hampir tamat tular pula isu pencemaran di Sungai Masai Utama, Taman Rinting dalam media sosial sejak semalam.

Perkara itu menimbulkan keresahan orang ramai selepas tular beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa petugas yang lengkap berpakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sedang melakukan kerja pembersihan.

Gambar yang dimuat naik di Facebook Komuniti Kota Masai-KKM menunjukkan sebahagian jalan di kawasan itu juga ditutup bagi membolehkan kerja pembersihan sedang dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…
PASUKAN keselamatan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berikutan penemuan baharu kes pencemara
PASUKAN keselamatan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berikutan penemuan baharu kes pencemaran toksik di Sungai Masai Utama, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor semalam. – UTUSAN ONLINE/ MOHAMAD FAIZAL HASHIM

“Operasi pembersihan sedang dijalankan. Jauhkan diri dari kawasan tempat pembersihan sisa toksik bahan kimia.

PASUKAN keselamatan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berikutan penemuan baharu kes pencemara
PASUKAN keselamatan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berikutan penemuan baharu kes pencemaran toksik di Sungai Masai Utama, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor semalam. – UTUSAN ONLINE/ MOHAMAD FAIZAL HASHIM

Lokasi telah disahkan penemuan baru sisa toksik berhampiran stesen minyak sungai rinting di depan Masai utama. Jika didapati sesiapa mempunyai simptom pencemaran kimia, sila datang segera ke pusat rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandar Pasir Gudang (MPPG),” menurut entri dimuat naik itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini