England bawa masuk pakar sepakan bebas - Utusan Malaysia

England bawa masuk pakar sepakan bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Mac – Bintang tengah Southampton, James Ward-Prowse dipanggil menyarung jersi England selepas beberapa tonggak utama seperti Fabian Delph, Ruben Loftus-Cheek dan John Stones diketepikan akibat kecederaan.

England akan menerima kunjungan Republik Czech dalam kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 di Wembley, Jumaat ini sebelum bertandang ke Montenegro, Isnin depan.

Delph, Loftus-Cheek dan Stones terpaksa digugurkan, sekali gus membuka laluan kepada Ward-Prowse mendapat kepercayaan pengendali Three Lions, Gareth Southgate.

Memuatkan artikel berkaitan…

“James Ward-Prowse dipanggil menyertai skuad England untuk menghadapi kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Montenegro.

“Pemain tengah Southampton itu yang pernah menyarung jersi England sekali pada Mac 2017 akan melapor diri di kem latihan Three Lions di St George’s Park pada Isnin.

“Sementara itu, gandingan Manchester City, John Stones dan Fabian Delph serta pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek menarik diri akibat kecederaan,” umum Persatuan Bola Sepak (FA) England dalam satu kenyataan hari ini.

Ward-Prowse telah meledak enam gol sepanjang musim ini, termasuk sepakan bebas yang menakjubkan dalam dua perlawanan bersama Southampton.

Pemain berusia 24 tahun itu berada pada prestasi terbaik ketika ini dan mampu mengambil tanggungjawab melakukan sepakan bebas seandainya diturunkan. – AGENSI

SKUAD ENGLAND

PENJAGA GOL: Jordan Pickford (Everton), Jack Butland (Stoke City), Tom Heaton (Burnley)

PERTAHANAN : Ben Chilwell (Leicester City), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Michael Keane (Everton), Harry Maguire (Leicester), Danny Rose (Tottenham), Luke Shaw (Manchester United), James Tarkowski (Burnley), Kieran Trippier (Tottenham), Kyle Walker (Manchester City)

TENGAH : Ross Barkley (Chelsea), Dele Alli (Tottenham), Eric Dier (Tottenham), Jordan Henderson (Liverpool), Declan Rice (West Ham), Jadon Sancho (Borussia Dortmund)

SERANGAN : Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), James Ward-Prowse (Southampton), Callum Wilson (AFC Bournemouth)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini