Bekas pemain ragbi negara meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas pemain ragbi negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bekas pemain ragbi negara, Badrul Hisham Basri meninggal dunia pada usia 43 tahun selepas dikatakan jatuh di rumahnya di Taman Ira Jaya, Kangar, Perlis petang ini.

BADRUL HISHAM BASRI

Allahyarham, seorang guru dipercayai diserang sakit jantung ketika mahu keluar rumah untuk melatih pemain-pemain Sekolah Menengah Syed Sirajuddin di bandar berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Allahyarham pernah mewakili pasukan negara dari 2000 hingga 2006.

“Antara penampilan antarabangsanya ialah Kejohanan Tujuh Sebelah Hong Kong 2001 dan 2002, Kejohanan Asia Divisyen Dua (2002 hingga 2006), Sukan Asia Busan 2002 dan Sukan Komanwel Manchester 2002.

“Pada peringkat kebangsaan, Allahyarham yang bermain di posisi stand off ini juga pernah mewakili Selangor dan Perlis dalam Sukan Malaysia 1998 dan Piala Agong dari 1998 hingga 2018,” kata Pegawai Pembangunan Kesatuan Ragbi Malaysia, Rohimi Ahmad berkata.

Jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Alor Lanchang, Jejawi, Arau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini