Jenama Siti Khadijah bakal tembusi pasaran antarabangsa, lancar telekung ekslusif di Shopee - Utusan Malaysia

Jenama Siti Khadijah bakal tembusi pasaran antarabangsa, lancar telekung ekslusif di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Siti Khadijah (SK) merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup muslim terbesar di Malaysia dan antarabangsa.

Dalam kenyataan medianya, jenama pakaian gaya hidup muslim itu yakin mencapainya dengan menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan warna yang berkualiti premium.

“Dalam jangka masa yang panjang, SK merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup muslim yang terbesar di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa. Peminat pastinya teruja dan tertarik dengan begitu banyak pilihan rekaan yang ditawarkan,” katanya.

The Prayer Outfit (TPO) Nayla merupakan produk terbaru keluaran SK yang akan dipasarkan secara eksklusif di Shopee.

TPO Nayla yang direka eksklusif diperbuat daripada material Signature Poplin yang berkualiti premium bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga cantik dan menarik dipandang.

Pastinya peminat boleh mendapatkan TPO Nayla bermula 11 Oktober ini hanya di Shopee dan ia didatangkan dengan dua warna dengan corakmenarik yang pastinya memikat hati penggemar telekung SK iaitu, warnaGrey dan Mint. Harga telekung pula adalah RM239.

Buat julungkalinya, jenama SK akan melancarkan kempen Super Brand Day, di mana SK akan “take over” aplikasi Shopee selama sehari pada 11 Oktober.

“Istimewa bagi anda yang inginkan diskaun produk SK, nantikan baucar eksklusif SK hanya di Shopee dan setiap pembelian TPO Nayla, pelanggan akan dihadiahkan dengan Pouch Bag dan Kotak Eksklusif Shopee,” katanya.

Pada 11 Oktober, para penggemar SK boleh mengikuti Shopee Live, siaran langsung platform e-dagang ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk telekung SK dan bagaimana ia direka untuk wanita Islam zaman sekarang selama 30 minit bersama pengacara Bella Zahir dan wakil dari Team SK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×