HDC memeterai MoU dengan FIRDI bangunkan industri halal Taiwan - Utusan Malaysia

HDC memeterai MoU dengan FIRDI bangunkan industri halal Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Industri Makanan Taiwan (FIRDI).

.

Mou ini bertujuan untuk membangunkan industri halal melalui penciptaan bakat dan kerjasama industri membabitkan Malaysia serta Taiwan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari berkata eksport halal Malaysia ke Taiwan telah meningkat selaras dengan permintaan bagi produk halal yang semakin bertambah dalam makanan dan minuman, ramuan serta peningkatan kesedaran mengenai halal.

“Eksport halal Malaysia ke Taiwan mencecah RM750.9 juta pada 2018, naik 4.9 peratus berbanding RM715.7 juta pada 2017. Pasaran sedia ada adalah besar dan ini merupakan peluang yang baik untuk peneraju industri Malaysia yang mahu memperluaskan pasaran di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MoU itu telah ditandatangani oleh Hairol Ariffein dengan Ketua Pengarah FIRDI, Chii-Cherng Liao bersempena dengan Sidang Kemuncak Kerjasama Industri Malaysia-Taiwan 2019 di Taipei minggu lepas.

FIRDI merupakan sebuah entiti bukan berasaskan keuntungan di Taiwan yang menjalankan penyelidikan, pembangunan dan perkhidmatan untuk mempromosikan industri makanan serta biotek di Taiwan.

Pusat ini juga ditugaskan bagi mempercepatkan transformasi dan meningkatkan industri makanan Taiwan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×